Thursday, May 31, 2012

Macam Haram

Macam Haram.
Rasa sayang makin Kepam
Dulu jatuh hati
sekarang jatuh Tersembam
Hati tak berbunga, hanya Lebam-Lebam
Angan-angan jadi Hitam.
Legam.

Macam Haram.
Rasa kasih makin Kurang.
Yang bertambah hanya Geram
Manis gula terasa Masin garam
Sakit dan Geram
Sakit dan Geram.

Jangan dicabar-cabarnya aku
Jangan di tipu-tipunya aku
Aku bukan patung Terkaku
Cabar itu memang makan Aku
Maaf,tipu itu belum Mahirnya aku.

Aku ini sifatnya cepat Tersuka
Si cepat Terpercaya
Segala benda Kau bicara
Angan Tetap aku Pegang.

Percaya dan Ditipu
Tersuka dan Dicabar
Ironik

Macam Haram.

Wednesday, May 30, 2012

Numb





Sekerap mana kau kata kau cinta
Sekuat mana kau kata kau setia
Kenapa aku masih tak rasa?

Cinta,setia yang kau kata
Adakah sandaran cuma?
Atau aku yang mengejar sempurna
Tanpa terima seada-ada.




Maaf.

Monday, September 19, 2011

milik siapa

kalau dari dulu aku
tak kau mahu
maka di beritahu.


kalau dari dulu aku
tak kau perlu
maka juga di beritahu.


memang aku ini
tak punya apa sebenarnya
tiada apa
dan bukan siapa siapa.


kadang kadang
termanggu, terkeliru
entah dari rusuk kiri siapa
aku dijadikan
milik kau kah?
milik kau?


tapi kenapa aku rasa tak kena
bila kau kata rusuk kiri ini kau yang punya
janggal rasanya
kan?


kerna aku masih rasa
tak di mahu.
ak diperlu.
pathetic.

Tuesday, April 5, 2011

sleepy

Bila mata dah berat,
ilmu yang di ajar
lansung tak lekat,
tumpuan hilang,
terbang melayang,
tersengguk sengguk,
macam burung belatuk,
harapnya,
masa cepat berjalan,
dan aku
terus bertahan dan menahan,
dengan semua godaan setan,
yang hampir
bersorak kemenangan.

*burung belatuk tersengguk sengguk ke eh?*
cik DR

Sunday, March 20, 2011

Yesterday was very unpredictable. Very unexpected (in a good way for sure) As usual, its a Saturday class, with the sweet-looking-psychiatrist. And I was very sure that im gonna cry again. *i totally dont know why im becoming too fragile recently.damn* It was the session where we supposed to give feedback for every single person in class. Both positive and negative side.

Only God know how hard I try for not crying again in this class. But then, the gloomy mood was overwhelm. Fcuk. Hahaha. And there I am, crying-cum-smilling. It is not the sad cry. Its kinda happy-touched-cry afterall.

Okay, lets not reveal too much on the crying part.

The feedback from others toward me? Jeng jeng jeng.

.

.

.

the KL girl with no sense of KLgirl itself.
*you know how people have this kind of perception toward KLgirl. selfish,arrogant,annoying,perasan bagus etc. Okay, frankly speaking, I really dont know why people had this perception on KLgirl. And luckily, the classmates told that I AM TOTALLY DIFFERENT. ahaha*

'

.

.

the soft-hearted girl.
-Oh mai God! It was really shock when they mentioned this. I was like..??? Ahahaha.*blushingggg*;p

.

.

.

.


Meanwhile, only this bunch of people said the soft-hearted thinggy. And I am totally !@#$$%^?
Ahaha.





Miss Jay

Wednesday, March 16, 2011

Hati aku dulu.

Hati aku dulu,
Sudah engraved nama kamu.

Hati aku dulu,
Letak nya sudah diri kamu.

Separuh dari aku dulu,
Sudah ada pada kamu.

Itu dulu sayang,
Sejuta kali bezanya sekarang.



p/s: hye bekas pria kesayangan =)

Tuesday, March 8, 2011

jasadnya memang aku punya.
tapi hatinya entah kemana.
ahh.this is frurstrating =.='


cik DR

Sunday, February 20, 2011

AND THE TRUTH IS..

Sebenarnya,
hati ini mahu kamu.

Tapi kata orang,
Ikot hati,mati.

Dan aku,
Masih belum mahu mati.

Jadi,
Tolong pergi.

Jauh
Dan sembunyi diri.


.cik DR.

Sunday, February 13, 2011

Pengacara baru.

kenapa aku ada blog?

entah. aku takda specific answer.
tapi aku rasa, I want to find a medium untuk lepas semua. Actually, tak da la semua pun :) Thats why you find my blog is totally boring (intonasi sila gedik sikit)


kenapa blog aku sunyi?

sebab aku memang malas nak meriah-meriahkan dia. No nuffnag, no application yang fancy. (eleh, padahal tak reti. ayat nak cover je kan?)

.

.

.


Okay, enough said. After this, blog ni akan di-run dua orang :)
Later, I'll introduced you the new writter. Ini adalah kerana (gila bahasa melayu 1Malaysia) aku jarang nak update. So aku harap dengan ada nya dia, blog ni akan lebih meriah. Selamat berkenalan nanti!





 Love,
Miss Jay

Belum masa.

" budak tu da pakai kereta weh. tak jeles ka?"- message baru aku dapat.

Dan aku just ignore message tu. Aku taktau apa yang aku nak balas. Yes, memang aku ada jealous sikit. Tapi, bila difikirkan balik, itukan rezeki dia. Dah sampai masa dia.

Aku kerja pun tak lagi. Duduk rumah, memalas kan diri. Tapi bukan lah aku have no effort nak cari kerja. Aku da usaha. I've did what I should. Da attend several interview. Da hantar bunch of resume. But still, I have no luck yet.

Bila fikir-fikir balik, nak kata result aku teruk, its not to bad actually. Tapi entah la. Rezeki belum ada. Tadah tangan, dongak atas dan mohon.



" sabar la sayang. nanti sampai rezeki awak, ada lah.." Mr.F called and cakap macam ni.
:)

Saturday, January 22, 2011

Kahwin

Akad yang kau lafaz atas dasar apa?
Kalau dari mulut kau yang keluar hanya
Caci maki nista pada dia
Kalau sepak terajang kau
Bertubi ke tubuh lemah dia

Mana kata cinta semanis rasa?
Mana janji setia bahagia bersama?

Apa yang kau beri hanya
Hidup dunia yang seperti neraka


Akad yang kau lafaz atas dasar apa?
Kau jadikan dia selayak anjing jalanan
Di herdik keji segala sialan
Jangan kau lupa wahai bajingan
Dari rususk kiri kau dia dijadikan
Agar sempurna sebuah kehidupan
Bukan ini natijah sebuah pertemuan
Dia telah diberi Tuhan
Lakukan dia selayak insan.

Friday, November 12, 2010

terima kasih.

terima kasih Tuhan kerana telah mengurniakan mereka-mereka yang terbaik dalam hidup aku yang tonggang-tonggek.

terima kasih Tuhan untuk kesihatan, kebahgiaan, kesenangan yang telah Kau lempahkan.

terima kasih Tuhan atas segala rahmat yang Kau beri.



Alhamdulillah:)

Monday, November 8, 2010

Yes, feel free to put the blame on me chica.
Yes, I just don't deserved it.
Yes, me the bad one.
Yes, again, I am the one who supposed to be blame.
Yes, you are absolutely right.






hey you.
for your info, you know nothing actually.
so, please mind your own business, beauty.
please.



Love,
J.R

Thursday, November 4, 2010

At last :)

Khabar pada aku,
Jerit bertalu-talu,
Pekik di telinga tuli aku,
Berdiri depan aku,
Dan hambur segala rasa,
Beritahu semua,
Yang aku si perempuan biasa-biasa
Yang aku si bodoh mudah
Termanupulasi dek kata
Sudah tak kau perlu
Sudah tak kau ambil tahu.

Khabarkan sayang,
Akan aku berjalan pergi,
Dengan sompek hati.





ini lama punya.
terjumpa dalam buku conteng aku.
hey, at last ada update :)

Thursday, September 2, 2010

Tuesday, August 24, 2010

Jangan baca kalau Puasa.

Tak baik kita buat orang lain nampak bodoh depan public. Memang sial lah perangai macam tu. Cuba orang lain buat kau nampak bodoh gak. Apa kau rasa? Please put yourself in other's shoes as well. Jangan terlalu fikirkan tentang diri kau sendiri je. Jangan be too selfish please.

Aku tau kau hebat. Hebat berganda-ganda dari aku. Tapi,kau tak ada hak nak buat apa yang kau tengah buat sekarang sebab that matter concerns me. Libat aku depan public. Kira tahap kau dah mencemar duli ni. Fakau betul.

Ke kau dah bangang sangat tak boleh nak fikir dah? Ke kau dah buta sampai tak nampak yang your action affect me? Shitto. Kalau kau rasa macam tu, memang totally wrong lah kan.

Aku boleh pejam mata kalau benda tak libat aku. Boleh jalan lah kau nak tonggang tonggek macam mana pun. Aku tak kisah. Kau ingat aku heran sangat? Lantak kau lah. Tapi masalahnya, in this particular matter aku pun kena tempias sekali. For what you had done. Vavi.

Bertimbang rasa lah sikit. Hambik rasa sakit aku ni sikit. Then baru kau tau. Baru kau tahu rasa di anjing-babikan orang.




kalau ikut hati aku,
memang banyyaakk perkataan-perkataan tak sepatutunya keluar.
tapi aku fikir ni bulan Ramadhan.
dan anggap ini dugaan Tuhan untuk aku di bulan mulia ni.
tapi,still terkeluar jugak perkataan tak senonoh ni.
=.='

Wednesday, August 18, 2010

I Dont Know What To Do:WTF?!

Kalau dah kau sendiri tak tahu apa benda yang kau nak, yang kau perlu buat, tak kan lah orang lain yang nak tolong decide kan. *terbanganglah di situ*

Kau tahu, hidup kau, masa depan kau, semua nya atas diri kau sendiri. bukan atas orang lain. bukan orang lain yang rajin-rajin nak tolong draw the path. mana kau patut pilih. mana kau patut ikut.

So, kenapa susah sangat kau nak buat decision? ini hal kecik aja. sumpah kecik aja. ikut logik akal pun boleh fikir.

.

Ini kan hidup kau, tentukanlah sendiri. jangan ambik jalan mudah dengan simply say " I Dont Know What To Do" tu. kalau bab-bab lain, pandai pulak kau fikir. laju je kau buat keputusan kan.

C'mon, apa yang susah sangat ni?

Monday, August 16, 2010

Quick Update #2

Rasa macam hidup tak ada life.

Do the same daily routine: bangun pagi, kerja, balik, tidur.

Aku rindu mahu jimba-jimba. Rasa tua bila weekend pun kerja, bila cuti pun duduk terperap dekat rumah.

Rasa malllaaasss sangat nak guna handphone sekarang. =,='

Suka bulan Ramadhan ni.

Wonder bila 'things' will get clear? sesak dada fikir.

Wednesday, August 11, 2010


Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak.




semoga aku makin dekat dengan-Mu, Ya Rabb.
semoga dipermudahkan segala pekerjaan.
semoga ringan anggota badan menambah amalan.
 semoga aku masih kuat menahan dugaan-Mu.
Amin.

Tuesday, August 10, 2010

Di tempat yang satu itu,
duduknya seorang budak gemuk yang sedang berteleku.

Hari ini Julai satu,
aku masih di situ.
Di situ.
Di tempat yang satu itu.

Apa aku masih menunggu angin yang sama,
menyapa?
Apa aku masih menunggu si celaka,
tiba?
Apa aku masih kuat untuk terima,
dia sudah tak ada?
Apa hati aku tak penat,
untuk lagak kuat?

Matikan rasa ini cepat,
bangsat!

Datang pada aku dan pekik di telinga aku,

"aku tak lagi mahu kamu. Tak mahu!"

Dan aku dengan sompek dan robek hati,
pasti akan berlalu pergi.
Pasti.
Pasti.
Pasti!

Dan hari ini Julai satu,
aku masih di situ.
Di situ.
Di situ.


curi lagi dari Dyra J