Saturday, January 22, 2011

Kahwin

Akad yang kau lafaz atas dasar apa?
Kalau dari mulut kau yang keluar hanya
Caci maki nista pada dia
Kalau sepak terajang kau
Bertubi ke tubuh lemah dia

Mana kata cinta semanis rasa?
Mana janji setia bahagia bersama?

Apa yang kau beri hanya
Hidup dunia yang seperti neraka


Akad yang kau lafaz atas dasar apa?
Kau jadikan dia selayak anjing jalanan
Di herdik keji segala sialan
Jangan kau lupa wahai bajingan
Dari rususk kiri kau dia dijadikan
Agar sempurna sebuah kehidupan
Bukan ini natijah sebuah pertemuan
Dia telah diberi Tuhan
Lakukan dia selayak insan.

Friday, November 12, 2010

terima kasih.

terima kasih Tuhan kerana telah mengurniakan mereka-mereka yang terbaik dalam hidup aku yang tonggang-tonggek.

terima kasih Tuhan untuk kesihatan, kebahgiaan, kesenangan yang telah Kau lempahkan.

terima kasih Tuhan atas segala rahmat yang Kau beri.



Alhamdulillah:)

Monday, November 8, 2010

Yes, feel free to put the blame on me chica.
Yes, I just don't deserved it.
Yes, me the bad one.
Yes, again, I am the one who supposed to be blame.
Yes, you are absolutely right.






hey you.
for your info, you know nothing actually.
so, please mind your own business, beauty.
please.



Love,
J.R

Thursday, November 4, 2010

At last :)

Khabar pada aku,
Jerit bertalu-talu,
Pekik di telinga tuli aku,
Berdiri depan aku,
Dan hambur segala rasa,
Beritahu semua,
Yang aku si perempuan biasa-biasa
Yang aku si bodoh mudah
Termanupulasi dek kata
Sudah tak kau perlu
Sudah tak kau ambil tahu.

Khabarkan sayang,
Akan aku berjalan pergi,
Dengan sompek hati.





ini lama punya.
terjumpa dalam buku conteng aku.
hey, at last ada update :)

Thursday, September 2, 2010