Thursday, July 29, 2010

Aku Dan Kamu.

aku dan kamu
kita si pelaku-pelaku dosa
kita si pelakon-pelakon durjana
kita si pelupa bila di galas tanggungjawab
kita si pembaling batu,sembunyi tangan
kita si megah mencanang kelebihan.

aku dan kamu.
kita serupa.

Thursday, July 8, 2010

KAWAN: bukan TEMAN TAPI MESRA

kau kata kita kawan,
jatuh bangun aku,
kau siap jadi penampan,
cacat cela aku,
jauh dalam hati kau akan simpan.

kau kata kita kawan,
walau kita terpisah beribu batu,
dalam hati kau tetap ada aku.

kau kata kita kawan,
tapi kenapa tiba susah nya aku,
kau macam tak ambil tahu,
diam terus membatu.

kalau yang macam ini
yang kau kata kita kawan
aku rasa kau silap percaturan,
kerna,
jatuh bangun aku kau tak menampan,
cacat cela aku heboh kau perkatakan.

oh,kau kata kita kawan.
tapi bukan teman.

Tuesday, June 29, 2010

entri hasil daripada emosi yang bersepah-sepah.




profile picture fesbuk.


cousin's wedding.

at ayah's office.


demm! aku memang failed nak beraksi comel. totally camera freak! =B
p/s: banyakkkk lagi gambar muke-tak senonoh-gile. tapi nanti muntah darah pulak tengok.



aku sudah penat.
mahu berhenti sekejap.
dan harap boleh 'bergerak'
(dalam bahasa ingeris-nya)
*tapi masih MAHU berdiri keras. di situ*
sigh.
=,='
*ludarics-gonna break your heart berkumandang*

Thursday, June 24, 2010



bila kau seakan mahu pergi,
yakinlah, separuh dari aku, 
akan mati.

terima kasih daun keladi!
seikhlas hati.

 

Saturday, June 19, 2010

Payau: tahu rasa dia?

bila duduk sendiri,
sedar bayang kau tiada lagi,
rasa nya seperti,
bangun pagi tadi,
tak gosok gigi,
dan terus makan maggi.


pahit-pahit payau.