Tuesday, August 24, 2010

Jangan baca kalau Puasa.

Tak baik kita buat orang lain nampak bodoh depan public. Memang sial lah perangai macam tu. Cuba orang lain buat kau nampak bodoh gak. Apa kau rasa? Please put yourself in other's shoes as well. Jangan terlalu fikirkan tentang diri kau sendiri je. Jangan be too selfish please.

Aku tau kau hebat. Hebat berganda-ganda dari aku. Tapi,kau tak ada hak nak buat apa yang kau tengah buat sekarang sebab that matter concerns me. Libat aku depan public. Kira tahap kau dah mencemar duli ni. Fakau betul.

Ke kau dah bangang sangat tak boleh nak fikir dah? Ke kau dah buta sampai tak nampak yang your action affect me? Shitto. Kalau kau rasa macam tu, memang totally wrong lah kan.

Aku boleh pejam mata kalau benda tak libat aku. Boleh jalan lah kau nak tonggang tonggek macam mana pun. Aku tak kisah. Kau ingat aku heran sangat? Lantak kau lah. Tapi masalahnya, in this particular matter aku pun kena tempias sekali. For what you had done. Vavi.

Bertimbang rasa lah sikit. Hambik rasa sakit aku ni sikit. Then baru kau tau. Baru kau tahu rasa di anjing-babikan orang.




kalau ikut hati aku,
memang banyyaakk perkataan-perkataan tak sepatutunya keluar.
tapi aku fikir ni bulan Ramadhan.
dan anggap ini dugaan Tuhan untuk aku di bulan mulia ni.
tapi,still terkeluar jugak perkataan tak senonoh ni.
=.='

Wednesday, August 18, 2010

I Dont Know What To Do:WTF?!

Kalau dah kau sendiri tak tahu apa benda yang kau nak, yang kau perlu buat, tak kan lah orang lain yang nak tolong decide kan. *terbanganglah di situ*

Kau tahu, hidup kau, masa depan kau, semua nya atas diri kau sendiri. bukan atas orang lain. bukan orang lain yang rajin-rajin nak tolong draw the path. mana kau patut pilih. mana kau patut ikut.

So, kenapa susah sangat kau nak buat decision? ini hal kecik aja. sumpah kecik aja. ikut logik akal pun boleh fikir.

.

Ini kan hidup kau, tentukanlah sendiri. jangan ambik jalan mudah dengan simply say " I Dont Know What To Do" tu. kalau bab-bab lain, pandai pulak kau fikir. laju je kau buat keputusan kan.

C'mon, apa yang susah sangat ni?

Monday, August 16, 2010

Quick Update #2

Rasa macam hidup tak ada life.

Do the same daily routine: bangun pagi, kerja, balik, tidur.

Aku rindu mahu jimba-jimba. Rasa tua bila weekend pun kerja, bila cuti pun duduk terperap dekat rumah.

Rasa malllaaasss sangat nak guna handphone sekarang. =,='

Suka bulan Ramadhan ni.

Wonder bila 'things' will get clear? sesak dada fikir.

Wednesday, August 11, 2010


Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak.




semoga aku makin dekat dengan-Mu, Ya Rabb.
semoga dipermudahkan segala pekerjaan.
semoga ringan anggota badan menambah amalan.
 semoga aku masih kuat menahan dugaan-Mu.
Amin.

Tuesday, August 10, 2010

Di tempat yang satu itu,
duduknya seorang budak gemuk yang sedang berteleku.

Hari ini Julai satu,
aku masih di situ.
Di situ.
Di tempat yang satu itu.

Apa aku masih menunggu angin yang sama,
menyapa?
Apa aku masih menunggu si celaka,
tiba?
Apa aku masih kuat untuk terima,
dia sudah tak ada?
Apa hati aku tak penat,
untuk lagak kuat?

Matikan rasa ini cepat,
bangsat!

Datang pada aku dan pekik di telinga aku,

"aku tak lagi mahu kamu. Tak mahu!"

Dan aku dengan sompek dan robek hati,
pasti akan berlalu pergi.
Pasti.
Pasti.
Pasti!

Dan hari ini Julai satu,
aku masih di situ.
Di situ.
Di situ.


curi lagi dari Dyra J

Monday, August 9, 2010

Situasi Seorang Kanak-Kanak Alien

Topeng 'Joker'
Aku pasang gantung pada muka
Tutup segala cela, rasa, duka
Biar terpampang pada mata mereka-mereka
Yang sempurna, bahagia, gembira
Bukan sisi yang sudah ranap kondisi nya.

Kau fikir aku sempurna?
Kau fikir aku bahagia?
Kau fikir aku gembira?

Kelat rasa senyum ini kau tak rasa
Palat hidup ini aku tanggung sendiri
Yang kau tahu cuma
Aku masih mampu gah berdiri
Walau apa pun jadi.

Jadi pada kau
Aku pesan satu yang ini
Hidup aku sudah 'sempurna' komplikasinya
Jangan kau tambah subjek lain
Tambah lagi tunggang langgang
Bikin aku makin tempang.

Aku Perlukan Kau, celaka!

Hingga hari aku hampir terbang,
bayang kau tak datang datang.
Hati aku menangis hiba,
aku perlukan kau, celaka!
Mampir kehadapan aku,
tolong aku sesuatu,
ungkapkan ini pada aku.

"Kau kebanggaan aku,
adanya engkau menghalau hantu yang asyik saja mengacau mimpi aku,
aku bahagia pernah punya engkau,
dahulu."


Tolong, ungkapkan ini untuk aku.
Dan aku akan terus berdamping dengan mu.
Serius!

Aku perempuan yang celaru jiwanya,
ungkapan saja sudah cukup buat jiwa aku berbunga,
hati aku terang bercahaya,
mata aku berkaca.
Aku senang percaya,
aku mudah dimanipulasi kata.

Aku betul-betul dah nak pergi,
sungguh engkau tak peduli?

Jawab lah celaka,
jawab!

Khabarkan semua,
hamburkan segala.
Aku ada,
aku ada,
aku ada.


curi dari Dyra J

Friday, August 6, 2010

"your misery is my happiness", kata kau gelak-gelak.

yes, sakit ini aku yang rasa cuma.

ah, sial.

Monday, August 2, 2010

Juga.

aku rasa hidup aku, kegembiraan aku, kesenangan aku dan semua nya adalah atas kesengsaraan orang lain.

aku rasa hidup aku banyak sudah kecewakan orang lain.

aku rasa hidup aku tak lain dan tak bukan, gagal untuk menjadi yang terbaik.yang seperti di harap kan.

gampang,kan?





kalau gembiranya aku,
terkesan sengsara dalam kamu,
kalau senang nya aku,
tertinggal susah nya pada kamu,
aku mahu kamu tahu ini
yang satu,
gembira aku hanya pura-pura
senang aku sementara cuma
maka nya,
usah kamu risau ya.
sengsara kamu, terkesan pada aku
susah kamu,tertinggal pada aku
juga.