Showing posts with label try to be creative :). Show all posts
Showing posts with label try to be creative :). Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Kahwin

Akad yang kau lafaz atas dasar apa?
Kalau dari mulut kau yang keluar hanya
Caci maki nista pada dia
Kalau sepak terajang kau
Bertubi ke tubuh lemah dia

Mana kata cinta semanis rasa?
Mana janji setia bahagia bersama?

Apa yang kau beri hanya
Hidup dunia yang seperti neraka


Akad yang kau lafaz atas dasar apa?
Kau jadikan dia selayak anjing jalanan
Di herdik keji segala sialan
Jangan kau lupa wahai bajingan
Dari rususk kiri kau dia dijadikan
Agar sempurna sebuah kehidupan
Bukan ini natijah sebuah pertemuan
Dia telah diberi Tuhan
Lakukan dia selayak insan.

Monday, August 9, 2010

Situasi Seorang Kanak-Kanak Alien

Topeng 'Joker'
Aku pasang gantung pada muka
Tutup segala cela, rasa, duka
Biar terpampang pada mata mereka-mereka
Yang sempurna, bahagia, gembira
Bukan sisi yang sudah ranap kondisi nya.

Kau fikir aku sempurna?
Kau fikir aku bahagia?
Kau fikir aku gembira?

Kelat rasa senyum ini kau tak rasa
Palat hidup ini aku tanggung sendiri
Yang kau tahu cuma
Aku masih mampu gah berdiri
Walau apa pun jadi.

Jadi pada kau
Aku pesan satu yang ini
Hidup aku sudah 'sempurna' komplikasinya
Jangan kau tambah subjek lain
Tambah lagi tunggang langgang
Bikin aku makin tempang.

Monday, August 2, 2010

Juga.

aku rasa hidup aku, kegembiraan aku, kesenangan aku dan semua nya adalah atas kesengsaraan orang lain.

aku rasa hidup aku banyak sudah kecewakan orang lain.

aku rasa hidup aku tak lain dan tak bukan, gagal untuk menjadi yang terbaik.yang seperti di harap kan.

gampang,kan?





kalau gembiranya aku,
terkesan sengsara dalam kamu,
kalau senang nya aku,
tertinggal susah nya pada kamu,
aku mahu kamu tahu ini
yang satu,
gembira aku hanya pura-pura
senang aku sementara cuma
maka nya,
usah kamu risau ya.
sengsara kamu, terkesan pada aku
susah kamu,tertinggal pada aku
juga.

Thursday, July 29, 2010

Aku Dan Kamu.

aku dan kamu
kita si pelaku-pelaku dosa
kita si pelakon-pelakon durjana
kita si pelupa bila di galas tanggungjawab
kita si pembaling batu,sembunyi tangan
kita si megah mencanang kelebihan.

aku dan kamu.
kita serupa.

Thursday, July 8, 2010

KAWAN: bukan TEMAN TAPI MESRA

kau kata kita kawan,
jatuh bangun aku,
kau siap jadi penampan,
cacat cela aku,
jauh dalam hati kau akan simpan.

kau kata kita kawan,
walau kita terpisah beribu batu,
dalam hati kau tetap ada aku.

kau kata kita kawan,
tapi kenapa tiba susah nya aku,
kau macam tak ambil tahu,
diam terus membatu.

kalau yang macam ini
yang kau kata kita kawan
aku rasa kau silap percaturan,
kerna,
jatuh bangun aku kau tak menampan,
cacat cela aku heboh kau perkatakan.

oh,kau kata kita kawan.
tapi bukan teman.

Thursday, June 24, 2010



bila kau seakan mahu pergi,
yakinlah, separuh dari aku, 
akan mati.

terima kasih daun keladi!
seikhlas hati.

 

Saturday, June 19, 2010

Payau: tahu rasa dia?

bila duduk sendiri,
sedar bayang kau tiada lagi,
rasa nya seperti,
bangun pagi tadi,
tak gosok gigi,
dan terus makan maggi.


pahit-pahit payau.

Friday, June 18, 2010

bila aku rangkakan tentang kita
dulu
tak terlahir akhiran nya
begitu
tak terzahir laluan nya
ke situ
tapi kerja Tuhan kita
tak tahu
sudah tertulis penamat nya
antara aku dan kamu
adalah itu.



good night bestfriend.
good night bestenemy.
so pathetic!
bila angan mahu bintang di petik,
ya, si bintang yang cantik,
sudah nya hanya  berteman angin malam,
suasana gelap dan kelam,
suram.



hati makin sesak,
padat.


otak makin kusut,
berat.

Thursday, June 17, 2010

kalau dulu,
tak perlu lagu indah syahdu,
untuk aku baitkan,
jadi puisi picisan,
cukup sekadar,
suara kamu aku dengar.

kini nya bagaimana?
kalau suara kamu makin pudar,
lagu indah pun rasa tercemar,
puisi picisan jadi hambar,


.


.


.


.


.




ah,sial! blank pulak.sape nak sambung?

Friday, April 2, 2010

kata kau, bukan aku

"how do you do?"
kau yang tanya dulu
masa kita dalam bas rapid U81
waktu itu,
kau ayu berbaju kurung ungu
dan aku,
hanya jeans koyak berbulu.


"i love you"
ini juga kau yang ungkap dulu
tanda hati kita dah bersatu
mana ada kau,situ ada aku
langsung tak jemu
walau tiap hari ketemu.


"now i think i hate you"
ini pun kau yang ucap dulu
dengan yakin tanpa ragu
bila kau rasa aku da tak kau perlu
sebab kau ketemu yang baru.


satu yang aku tahu,
"how do you do"
"i love you"
"i think i hate you"
akan kau juga sebut dulu
pada orang baru
harap-harap bukan dalam bas U81

Thursday, March 18, 2010

jarak jauh

aku lihat kau dari jauh,
berdiri kau,
jatuh kau,
bangun kau,
gelak kau,
tangis kau.


tapi,kau nampak aku?
yang terus terus lihat kau
dari jauh.

amuk dan terjelepuk

mau ku amuk,
bukan kerna gemuk,
mau ku tumbuk tumbuk,
bukan gatal di gigit nyamuk.

jatuh aku,tersungkur,terjelepuk,
perlahan aku bisik pada si rajuk,
sudah hati,
jangan lagi kau berkecamuk
aku seperti sudah di sampuk,
langsung tak senang duduk.

-ing

depan belakang kau pusing
lagak satu dunia dah keliling
cakap berbelit memang kau gemar paling
sana sini auta kau da baling
sial,perangai macam keling.
kau ingat kau sangat penting?
bia nanti kau mati kering.

Monday, January 25, 2010

jam 4 pagi,
kipas masih berpusing lagi,
di teman selimut corak ceri,
bunyi dengkur tampah seni,
malam mulaberganjak pagi,
bulan berganti mentari,
masih..minda berlari,
seperti acara berganti ganti,
dan realiti yang pasti,
akutak lena di ulit mimpi.

Monday, January 18, 2010

hati,
jangan tercomot dengan benci,
kerna nanti,
mati dalam keji.

Sunday, November 29, 2009

dulu dan sekarang

dulu pada waktu itu
buku jadi peneman waktu yang berlalu
yeke?
dari satu muka dan ke satu lagi
kafein perasa yang di gemari pd mlm hari
jika terasa ilmu tak cukup lagi
untuk qada aktiviti lagha di siang hari



dulu pada waktu itu
"kau buat,aku edit and copy je"
frasa itu bagai penanda
tiket untuk kawan sampai mati
jalan kira nya mudah sahaja
jangan kedekut ilmu,katanya
lantas,si kawan
kau tak tahu apa dlm hati nya
berat atau senang hati
terus memberi



dulu pada waktu itu
kau keluar malam hari
pulang tika mentari menyapa
oh,itu sudah biasa oleh kau
kerna apa?
ibu ayah jauh di mata
di hati kau?
terpulang lah
konklusi nya,tiada apa yang menghalang
maaf,mengawal hendaknya
aktiviti duniawi kau
"hidup aku,jgn di campuri"
kata kau



dulu pada waktu itu
suara pensyarah
jadi halwa telinga
secubit tersimpan dalam memori
lebihan nya hanya
masuk telinga kiri
di telinga kanan dia keluar



sekarang pada masa ini
tanggungjawab kau pikul sendiri
tiada teman memberi copy
dan aktiviti kau di mlm hari
sudah mula dikekang mereka
harap kau berjaya
dengan rutin baru
agenda nya baru
situasi yang baru
kerna kau sedang menempuh
alam yang baru.



p/s: samat berpraktikal kalian.viel gluck!luvluv.

Wednesday, October 28, 2009

cerita sehari sebelum rabu

waktu itu
sehari sebelum rabu
kau hantar sms pd ku
variable ny masih seperti dulu
kau,aku,cinta,perlu

aku diam terkedu
bukan kerna malu tersipu
kerna aku tahu
aku tak bisa telan kata kata itu
kerna hati suda tiada untuk mu
cebisan nya aku cuba gam guna UHU
jelas hanya jalan buntu
aku tak mampu

lantas jari mula laju
menaip sesuatu
hanya untuk mu.

"maaf,aku kenal kamu?"

dan aku tahu,
kau mesti campak henfon nokiah mu
lajulaju.

Wednesday, October 14, 2009

perempuan terbang

dia lihat perempuan itu,
sedang asyik bergelak tawa girang,
atmosfera di selubungi riang,
hati nya sakit bukan kepalang,
bukan kerna cemburu melihat perempuan itu senang,
tapi kasihnya kini dirampas orang
melihat perempuan yang dia sayang
kini jauh terbang melayang
bagai putus tali si layang layang

Friday, October 2, 2009

seperti mati

omongan mu tak perlu berbasa basi

kerna situasi nya mmg sudah pasti

realiti yang x boleh di ubah lg

aku titip kata pembangun diri

agar keputusan mu tak ku tangisi



p/s : kite enjoy!x)