Sunday, November 29, 2009

dulu dan sekarang

dulu pada waktu itu
buku jadi peneman waktu yang berlalu
yeke?
dari satu muka dan ke satu lagi
kafein perasa yang di gemari pd mlm hari
jika terasa ilmu tak cukup lagi
untuk qada aktiviti lagha di siang hari



dulu pada waktu itu
"kau buat,aku edit and copy je"
frasa itu bagai penanda
tiket untuk kawan sampai mati
jalan kira nya mudah sahaja
jangan kedekut ilmu,katanya
lantas,si kawan
kau tak tahu apa dlm hati nya
berat atau senang hati
terus memberi



dulu pada waktu itu
kau keluar malam hari
pulang tika mentari menyapa
oh,itu sudah biasa oleh kau
kerna apa?
ibu ayah jauh di mata
di hati kau?
terpulang lah
konklusi nya,tiada apa yang menghalang
maaf,mengawal hendaknya
aktiviti duniawi kau
"hidup aku,jgn di campuri"
kata kau



dulu pada waktu itu
suara pensyarah
jadi halwa telinga
secubit tersimpan dalam memori
lebihan nya hanya
masuk telinga kiri
di telinga kanan dia keluar



sekarang pada masa ini
tanggungjawab kau pikul sendiri
tiada teman memberi copy
dan aktiviti kau di mlm hari
sudah mula dikekang mereka
harap kau berjaya
dengan rutin baru
agenda nya baru
situasi yang baru
kerna kau sedang menempuh
alam yang baru.



p/s: samat berpraktikal kalian.viel gluck!luvluv.

No comments:

Post a Comment