Monday, December 28, 2009

rasa
dalam hati

risau,
kacau.
bilau,
seriau.

tak siapa peduli.

Friday, December 18, 2009

membebel je..

orang kata first impression tu penting.so first 5 minutes will aaffect the whole thing.kira nya sampai kiamat *hiperbola sial* pun orang akan ingat.nasihat orang tua tua yang hip abis,jgn bikin celaka at first sight.

aku still ingt ada 1 masa cik mbon (bukan nama sebenar) kesayangan aku bg tahu her 1st impressions toward me mse mula mula kitorg ditakdirkan 1 bilik time blaja.


"terkejut aku tengok hang mula mula dulu.dgn bangle bersepah,cincin sampai ke jari kaki,baju size super xs,muke ketat memanjang.
aku mcm,kompem sombong gile dak ni.
last2 3 taun aku mkn,mnum,tido ngn hang.muka pecah rumah,dlm hati ada taman.hahahah"
*lebey kurang mcm ne la dia ckp*

ok,ayat last dialog berkenaan sila abaikan ;p 

nampak sangat first impression tu crucial for any relationship thinggy.kalau ter'bad impression and we failed to discover the truth,jawab nye hell la.kalau anda bijak n berjaya hapuskan kotoran degil bad impression tu,then two thumbs up!masalah nya,tinggi kah peratus manusia yang mcm tu?

bagi aku,1st impression orang toward aku mmg taik gile babi.sori to say.ramai yang inagt aku sombong sebab tak tegur orang.susah nak senyum.etc..and end up dengan relationship yang mcm tah pape.


aku tak tegur orang sebab aku segan ya amat.
aku susah nak senyum sebab da mmg genetik.kang aku senyum memanjang oranginagt aku mental pulak.


ok,di sini aku xde la nak ckp yang aku x pernah terbad impression dekat orang.frequent ok?tp aku akan try untuk memperbaiki all the bullshit impression that i throw toward taht person.at least i am trying.untuk memperbaiki *dengan frasa bahasa melayu nya* perhubugan dengan seseorg itu.

tapi,ada setngah orang yang mcm..
 "dia tu mmg mcm tu.sampai bila bila pun mcm tu"
 "dia tu mmg sombong.tak payah layan lah"

helo?kamon la weyh.ko belum kenal taht person,tlg jgn judge based on your own perception boleh tak?tah tah nama penuh dia pun kau tak tau,lagi mau kecoh.lagi mau mcm ko knl dia da dr dlm perut.kira mcm..


kau kenal makcik dia.
kau kenal ex bf dia.
kau tahu feveret kaler dia.
kau tahu bila dia korek telinga.


kau tak tau ke kurang enak bila kita da misjudge orang tu?sori la,aku cukup emo secara auto bila keadaan mcm ni take place.


bukan la aku nak cakap tak boleh ada 1st impression.gila ah mcm tu.da mmg semenjak dr azali lagi manusia tu akan judge orang mase mula mula jumpa.aku fine aja dengan sifat manusia yang satu ni,tapi mcm tak puas hati bila kau da ada bad impression dekat soranag manusia ni and put no effort untuk kasi jernih keadaan.worst,orang berkenaan yang berniat baik yang kau da misjudge tu tak tahu pun apa masalah kau berdua.tak ke tahi mcm tu?

kamon la.see things on the good side,pls?dari kau buang masa tersalah anggapan dekat orang,baik kau berusaha pulihkan keadaan.improve the good things toward that person.kan lg bagus macam tu?tak ke 1malaysia nama nya?


p/s: emo ke jana?;p

Wednesday, December 16, 2009

merapu meraban

"ifyoulovesomething,letitfree.
ifitcomesback,thenityours
but,ifitdoesn't
thenitneverwas"








sedang enak aku stim..

mood untuk mencurah kan segala yang terpendam dalam jiwa dan raga kat blog akan spoil bila :

  1. internet slow gila babi.bak kate pepatah,bagai menuggu bulan jatuh ke riba hendak nya.aku akan pecat CEO selkom tu tak lama lagi.potong stim aku lg!
  2. bila adeq kcik aku merenggek renggek suruh tolong bancuhkan susu dia waktu tu jugak.dan time tu takde orang lain yang aku boleh passover.dem!
  3. tibe tibe perlu ke toilet atas dasar tertentu.kamon la,time aku ada je idea,time tu jugak la terasa nak kencing la,itu la,ini la.last2,idea pun hilang di buai nikmat dalam toilet.
  4. terasa mengantuk sgt.obviously,ini adalah addiction terbaru aku.asal balik kerja je,mate secara auto akan jd berat n signal untuk tido semakin kuat.segunung mana pun idea aku masa tu,jgn harap aku akan rajin g on laptop and post an entry.sorry!


buata masa ni,tu je lah yg aku discover.so,no wonder la sudah sangat lama aku tak update.bukan salah aku,tp sebab2 berkenaan yang membantutkan keghairahan aku untuk berblog buat masa ni.


p/s: aku tengok blog rakan rakan pun sepi je.pe cer kwn?;p

Monday, November 30, 2009

hari ini dan semalam

xde pe yang special sepanjang cuti ne.mkn,tdo,mkn,tdo,laptop.


owh.kenduri kak wani.exhausted.bergaya oren.bergaya pink.aww!bagi bunga telor tok perenjis.double aww!dan,pengapit time kenduri belah lelaki.triple awww!!hahaha.


tp,nmpak ny,turning point nya suda tiba.kalau dulu rekod paling awal bgn pg pukul 10,pg td kire aku da pecah kan rekod.7pg beb.ralat gak pagi td.tp apekan daya,tuntutan tanggungjwb kena la aku gagahkan jua.


hari ni 30hb nov,aku kena lapor diri kat tmpt practical,KL StarRail Sdn Bhd.kalau lah pagi td ade cctv dpn wisma tu,kompem dorg gelak guling guling tgk aku terkial kial bile sampai sane.tp everything's
fine.undercontrol :)


org pertame aku jumpa hari ne,Mr Makesh@ Mageesh.cool,klaka,best.three words worth :)
die ade keluarkan falsafah dr sorg foreigner yg aku x ingt nme die which is "x slh kite bodek majikan,asalkan kite x pijak orang lai. :)" *in english la kan*


and start observing the office after a long briefing. *noted that,long briefing* da cam tour ape je.bwk gi department sane,sini,situ,sinun.kenal dgn org ni,org tu,manager ni,manager tu...blablabla.


bottomline,hari ni x lah seteruk yang di sangka.sume nye masih ok ok.tp x tau lah kalau da start keje esok.hopefully sume nye akn berjalan dengan lancar,bukan lanc#u.haha.

do welcomed me monorel!

takot gak aku sebenarnye.almaklumlah,1st time miggle ngn org2 lg berumur.n secara formal pulak tu.lagilah bertambah2 takot.


p/s: aku tgk post d fb rakan2,ade yg suke ngn tmpt practical,ade yg so so.bagus la tu :)

p/s p/s: ramai yg called n msg wish gud luck.mak ayah haiza n 017851####.trimas.dorg tau aku cuak :)

break off

pungguk sudah tak rindukan bulan
bisik si pungguk pada bulan
"mungkin bintang yang kau cari"

Sunday, November 29, 2009

dulu dan sekarang

dulu pada waktu itu
buku jadi peneman waktu yang berlalu
yeke?
dari satu muka dan ke satu lagi
kafein perasa yang di gemari pd mlm hari
jika terasa ilmu tak cukup lagi
untuk qada aktiviti lagha di siang hari



dulu pada waktu itu
"kau buat,aku edit and copy je"
frasa itu bagai penanda
tiket untuk kawan sampai mati
jalan kira nya mudah sahaja
jangan kedekut ilmu,katanya
lantas,si kawan
kau tak tahu apa dlm hati nya
berat atau senang hati
terus memberi



dulu pada waktu itu
kau keluar malam hari
pulang tika mentari menyapa
oh,itu sudah biasa oleh kau
kerna apa?
ibu ayah jauh di mata
di hati kau?
terpulang lah
konklusi nya,tiada apa yang menghalang
maaf,mengawal hendaknya
aktiviti duniawi kau
"hidup aku,jgn di campuri"
kata kau



dulu pada waktu itu
suara pensyarah
jadi halwa telinga
secubit tersimpan dalam memori
lebihan nya hanya
masuk telinga kiri
di telinga kanan dia keluar



sekarang pada masa ini
tanggungjawab kau pikul sendiri
tiada teman memberi copy
dan aktiviti kau di mlm hari
sudah mula dikekang mereka
harap kau berjaya
dengan rutin baru
agenda nya baru
situasi yang baru
kerna kau sedang menempuh
alam yang baru.



p/s: samat berpraktikal kalian.viel gluck!luvluv.

Friday, November 27, 2009

homecoming x)


haih!gile berabuk!

fuh..fuhhh..

lap lap sikit.

sapu sawang sane.

sapu sawang sini.

done!

im back!

*kembali merapu meraban bersame aku*

hahaha..




rindu nak merapu.byk nak tulis.but,for the time being,ini dululah ye :)

Thursday, November 12, 2009

she speaks.

ape rase kalau..

kopi xde gula,
jalan x pakai seliper,
hujan turun 48 jam,
tido xde banatal,
dompet xde duit,
rambut xdan shampoo,
henfon xde credit,
intenet cam bangang.

?

but,that's life.we are facing our ups and downs.situation is remain the same among us,just how we tackle those things.its vary.whther we treat them nicely or sucked it up.one step affect another.simply like dominoes.opportunities frequently appear,though options do arise.wise people will seize the opportunities,while others have zero clue on what they supposed to do.

throughout my little-meaning life,i do made some mistakes by ignoring those opportunities infront me.i dostupid things.i live in denial.in some cases,i am not being myself.most of the time,for sure.i have my own certain,rigid reason for this kind of cases:


i talked bad words.
bad mouthing people around.
*other evil tendencies*
trillions~


i am trying dam hard to be a better person.be a good girl to my parent.be a nice girlfrend.we are different.both physically n mentally.i may do silly mistakes,while you don't.i may failed to cope with the atmosphere,while you successfully managed to capture all the things happen.i may look dumb,while you have ultimate confident level.


we are totally different.

we are not in the same shoes.

i just need your understanding.





p/s: sometime i might be damn cool,n sometime turn out to be as$ho*e.hahahaha!x)

Saturday, November 7, 2009

-___-


2nd post for today.

haih.



this uneasy feeling really bothering me.




knapelah mak kau call aku?
*alah,call je pon.tu pon mak die.bukan die.*


rase cam nak punch kepala,
laju laju.


MySpace


kepala kau.







*kenapelah makcik called saye.kan saye da rase.......*
haih
-____-
taiping.
rambut panjang.
wave125.
5pg.
bundle perda.
seluar kotak2.
senyum.
basikal roda tiga.
kurus.
kambeng.
gorengkan mee.
suka.
sangat.


aku da lupe kan semua.semua.

tp kenapa mak kau call ckp nak jumpa?
mak kau rindu aku yang baik ne kan?

Tuesday, November 3, 2009

18what?

asal semenjak dua ne aku asek terase nak buat begini.

tanda x puas hati.

ok?


ini bukan untuk anda.sumpah!

Wednesday, October 28, 2009

cerita sehari sebelum rabu

waktu itu
sehari sebelum rabu
kau hantar sms pd ku
variable ny masih seperti dulu
kau,aku,cinta,perlu

aku diam terkedu
bukan kerna malu tersipu
kerna aku tahu
aku tak bisa telan kata kata itu
kerna hati suda tiada untuk mu
cebisan nya aku cuba gam guna UHU
jelas hanya jalan buntu
aku tak mampu

lantas jari mula laju
menaip sesuatu
hanya untuk mu.

"maaf,aku kenal kamu?"

dan aku tahu,
kau mesti campak henfon nokiah mu
lajulaju.

Saturday, October 24, 2009

aku rase..



1. aku rindu berb*tchy b*tchyan dgn mereka mereka ini ;)





2. bercamera whore dgn manusia ini ;)





3. bergolek golek kongsi cerita dgn dia :)



4. bergado gado kiut dgn budak ni :)




5. bercerita masalah awek die :)


6. paling teramat penting,rindu teramat dengan mereka :)








aku rindu life yang dulu.

Monday, October 19, 2009

happy birthday!





moge cepat matang!! hikhik..

Wednesday, October 14, 2009

perempuan terbang

dia lihat perempuan itu,
sedang asyik bergelak tawa girang,
atmosfera di selubungi riang,
hati nya sakit bukan kepalang,
bukan kerna cemburu melihat perempuan itu senang,
tapi kasihnya kini dirampas orang
melihat perempuan yang dia sayang
kini jauh terbang melayang
bagai putus tali si layang layang

Monday, October 12, 2009

remain and keep silent.




senang cerita!

hape susah kan?

bukan melarikan diri.

tapi rase malas tahap babi utan cipan nak bisisng bising mcm mesin tebu kat pasar malam.

enough said.

fullstop.




p/s: loads of assignment..pergh!berbulu pale otak weyh!

Sunday, October 4, 2009

@#*&^!!

aku xtau pe aku patot rase sekarang.

rase lepas tgk brite buletin utama jam 8 tv3 tu.

brite psl indon lancarkan perang atas malaysia.dalam keadaan negara mereka di landa bencana alam mcm tu,sempat lg nk lancar perang kat negara kite?

kenape la kaum mereka mcm tu?

malaysia ngn senang murah hati bantu dorang,boleh lak dorg buat mcm tu?

apa-apaan sih?
kok di buat sebegitu dong?

pe la masalah nye.

berterima kasih la sikit.bersyukur ngn bantuan yg org da bg.ni x,bukan takat trime kaseh,lancarkan perang tros.hoh!pekejadah pe kes weyh?

ok,kalau xnk baik bg kat rkyt negare ni yg kurang bernasib baik.lg ramai boleh bantu.tu pon kalau dorg xnk la.da x reti bersyukur sgt.

aku bukan tak kesian ngn negara dorg.kesian.kesian sgt.tp dorg..??


p/s:sape x tgk berite tu angkat tgn!

Friday, October 2, 2009

. . . . .

. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .




serious,aku x tau nak tulis ape..







p/s; aku rase tulisan aku cam taik kambing kering tengah jalan la.pe kalian rase?
++++++++++++++++++++++++++++






seperti mati

omongan mu tak perlu berbasa basi

kerna situasi nya mmg sudah pasti

realiti yang x boleh di ubah lg

aku titip kata pembangun diri

agar keputusan mu tak ku tangisi



p/s : kite enjoy!x)

Monday, September 28, 2009

di sebab kn entry yang ke 37 telah mendatang kan byk issue,so aku dgn senang ati mendelete nye.
so no more tanya-tanya after diz ye temanteman!hahahaha..

x)

Sunday, September 27, 2009

sebab utama hari raya ke-7 aku happy x)



  1. banana boating di PD mmg gampang bangat seyh!




bermakna kan raya aku kali ne?

Friday, September 25, 2009

kau,aku,dia

dulu aku mahu kamu
jadi penjaga hati ku
tiba tiba muncul dia
yang ku tak tahu datang dari mana



kau ada dia
tp tetap aku yang kau mahu
aku tak percaya
kerna kau mungkin menipu


kau pernah kata,
aku juga kau perlu
mahu jalin cinta rahsia antara kita
aku jadi keliru
perlukah aku terima?



kau sebut nama nya bila bersama ku
kau sebut nama nya bila kita berdua


start dr hari tu
tengok muka mu rasa mau tumbok laju laju
pergilah wahai kau
si setan berbulu.


tiada lagi cinta rahsia
tiada lagi ceritera kau dan aku
pergilah kau pd si dia
diri kau tidak aku perlu.






p/s: jgn jadi orang ketiga kepada dua orang yang suda cukop sempurna.
tidak perlu :)

Wednesday, September 23, 2009

revolusi.evolusi

hah!nah!aku suda tukar blog title and background.again.ne suda kali ke 3 aku tukar.hahahaha.korang suka tak?pas ne xde orang ckp aku mcm kanak-kanak.











luv,
kanak-kanak yang cuba matang x)


Saturday, September 19, 2009

insomnia

kalian!

aku rasa kan..

ish..how to spill this out meh..?

aku rasa kan..

sje mau bikin suspens sket di sini ;p
*evillaugh*

aku rasa..

rasa-rasa nya lah!

bukan sesedap rasa tau~

huh!malu la nak bagi tau.
*wink*

kalian rase tak ape yg aku rase sekarang?

rase?

x rase?

rase?

x rase?

hmmm..

aku rase..







aku rase nak gi mandi lah!sebab mcm x boleh tido aje ne!






kompem kalian merasakan perangai aku sangat vavitonyok kanak-kanak kan?
mesti muke kalian mcm ne kan..

MySpace

hahaha..like i care!
*wink*

Friday, September 18, 2009

masuk dan restore,harapnyalah!

i have a chat wif mak semalam.a lots of things to share since quite sometime kami x bersembang yg lame and berdua2an.tiap2 butir perkataan yg keluar dr mulut mak,mmg menarik.menarik untuk dijadikan teladan.*yang baik di jadikan teladan,yg buruk di jadikan sempadan.anak didik cikgu faezah othman betul aku ne*


paling yang buat aku ingat sgt,yg kira terkesan sangatlah bila mak sebut...

"jangan kesalahan and kesilapan masa sekarang jadi bahana masa depan kak oi..." kata mak.

mak mmg begitu.orang nya terlalu fikir masa depan.the pros and cons.the impact on each things she do.each action she takes. kata mak,biar susah sekarang,jnji x susah masa depan.berkat sangat penting.

kata2 mak buat aku terfikir sejenak *bahasa melayu sungguh ne!* lama aku cuba digest kan setiap perkataan yang keluar.satu-satu.masuk otak and restore.bukan masuk otak and corrupt. =)

untuk pengetahuan umum *kira nya semua lapisan masyarakat lah* aku and mak jarang dapat sembang lama,berdua2an mcm ne.time constraints and other barriers yg menghalang.so,each time we had the chance,aku akan cuba simpan kan dalam pala otak aku setiap nya.cuba menyimpan semua nya.

bagi aku,kata2 mak mmg sgt boleh membuatkan aku terasa aman,dan cuba berfikir in contrast.cara mak berfikir lain dengan aku.sangat lain.mak,orang yang selalu tahu bila aku betul2 perlukan dia.itulah kelebihan yg TUHAN bagi untuk kaum2 ibu.

deep inside me,i do really want to be like her.i wish i can be like her.very down to earth,very positive punya orang.she will not compremise her principles.tegas orang nya bila perlu.haih,bila mau transform jana?satu tanda tanya.

p/s: jana berniat untuk meletak kan chat box di blog nya.*kerana aku rase cam outdated la pulak.plus,blog orang lain ade.plus,untuk mereka yg blog walking:)* tapi menghadapi kesukaran berbuat demikian dlm msa ini.so,sila tunggu ya kalian =)



untuk perinagatan :
*blabla* = adalah unyuk memberitahu kalian.
blabla   = adalah denagn niat untuk bercakap sendiri,dlm hati.
blabla    = adala x terniat nak ckp,tp terlepas jugak.kire mcm liquid paper la.




xOxO!
tergedik plaks!hahaha..

Wednesday, September 9, 2009

suratcinta untuk si dia

sayang,
aku tau aku mengabaikan mu,
mengtidakendahkan kau dlm hidopku.
maafkan aku sayang

bukan niat ku untuk melakukan kau sebegitu,
tp hidop ini tidak adil!
mase singkat,menyebabkan aku x leh berada dgn u wahai sayang ku.

maafkan aku kerana kita jd begini,
maafkan aku mengabaikan mu
wahai blogku..



hahahah! xD berdarah hidong bace!!
MySpace

notakaki untok sobri!

semalam aku melepak dgn sobri amali,

orang nye kecik,bernafsu tinggi,

sebok die cerita perihal diri

kisah sang juwita yang tak ade lagi dalam diari


lama melepak,baru aku sedar

macam mane tingkah si sobri sebenar

mmg la orang nya suka bikin onar

tapi masalah member selalu die dengar


si sobri x penah lokek

membantu member yang tengah sengkek

itu pon kalau duit die penoh kocek

anytime,anywhere,you habag kat cheq!



p/s: si sobri ini masih single.interested? sila ON SOBRI ke 33445 asap!hahaha.
p/s: aku tau kau x bace blog aku sob,tu yang aku mention name kau di sini :) hehe.

Friday, September 4, 2009

kemengantukan.

hari ne bukan maen mengantuk amat...

MySpace



sape mau join tido?
jana and tido mmg serasi bersama :)

Tuesday, September 1, 2009

tembikai di kala puasa

aku pandang jam.1:51PM
lambat lagi buke ne..aku cube menahan nafsu



namun kaki ku laju saje melangkah ke dapor.tanpa menghiraukan keadaan sekeliling,aku bukak peti ais dgn selambe.seselamde yang mungkin.

suhu rendah peti ais berlumba-lumba keluar.sejuk benar!aku terpandang tembikai semalam.fuhhh..sejuk tu.kompem sedap.semalam ny tembikai x sesejok ne rase ny.aku telan liur.membayangkan kesejukkan tembikai yg masok ke trakea ku yg mendambakannya.

aku capai pisau.dengan penoh keberanian mcm hang tuah,aku belah tembikai.sumpah!sejuk dan mungkin sedap.aku potong tembikai perlahan-lahan.penuh berhati-hati.penuh dedikasi.

lame aku perhatikan tembikai nan merah lg sejok dan sedap tu.da siap potong.tunggu mase je lg..
aku lihat tembikai tu masok mulut die.dengan ghairah masok mulut die.ahhhh...sedap tol..
"nak ag.satu ag je" mintak die.
kenape lah tembikai tu x masok mulot aku je.
owh..aku puase la..


muke syiok lepas makan tembikai.hadoih.

Monday, August 31, 2009

masalahsalah

rasa nya da lama bangat aku tak membuat coretan-rapuan-terlampau dlm blog ne.2,3 ari ne kemalasan untuk berfikir ttg masalahsalah yg melanda otak aku *mcm banjir kat yan* terlampau extreme.sunggoh di luar jangkauan aku yg aku akn jd malas tahap babi cipan mcm ne.sigh.2,3 mlm ne aku penoh kan dgn membce blog2 org.aku cam dpt detect ke ghairahan membace tahap bintang tujuh ngn blog2 incikPIPI.menarik!and,aku ikot link2 yg ade.juge menarik.*credit to pyanhabib,idontdrinkmilk and others*







through those blogs,aku dpt new point of view psl hidop ne.memandang kan aku perlu something to get rid of all the damn things that happen around me recently.yes,damn things yang aku x tau dtg dari mane and worst how to solve those bullshit.maaf,aku rase entry kali ne byk kua perkataan2 censored.bukan nya aku x nk atau cube melarikan diri dri membuta keputusan,tp secara matang,bertauliah,rational and waras aku mention kan di sini bahawa aku xtau mcm mane nak setel kan permasalahsalahan aku ne.sigh.








td,sedang aku sebok menyebok kat blog org, aku terpikir..kenape perlu manusia ade perasaan?boleh x sorg manusia di kira normal kalau x berperasaan?agreekah kalian kalau aku ckp perasaan lah punca segala masalah?bagi aku,yes.i am totally agree.aku bagi contoh situasi :







  • di sebabkan benci (sebuah perasaan) kpd aminah,siti telah sabotage aminah cruely.sampai aminah x nak berdepan ngn jiran tetangge beliau (sekeping permasalahan) sampai nak pg pasar pon pki mask.
  • melur terlalu cintakan (sebuah perasaan) ali lantas me-minyak-dagukan ali supaya ali ingt melur 24jam (sekeping permasalahan) tanpa memandang awek-awek yg lagi care dri melur.







cukop kot contoh situasi kat ats?and now,tell me whether kalian agree dgn aku or still insist tidak mahu setuju bahawa perasaan lah punca permasalahsalahan?da mcm debat je weyh!owh,ikot sesuka ati kome le nak setuju ka x :) ade aku kesah?*tagline baru*









dan sekarang,perassan ingin tahu yg melampau dah menjd punca masalah aku.yes,it is.ape yg mampu aku buat dan telah aku buat?aku mendongak pd DIA di atas mohon petunjuk.aku cube adapt ribuan stages yg aku pernah blaja selama aku berkecimpung dlm arena business study ne in term of problem solving.start dr analyzing sampai la ke decision making.tp,aku still x jugak ketemu jln penyelesaian.haih.pelik tol?









aku harap.ye aku ulang.aku harap sgt aku tau ape yg patut aku buat sebenar nye.tp tulah,nmpak samar2 aje ne.kelam semacam.jerebu maybe?










bile aku buat x tahu,org marah.ckp aku cube larikan diri.owh,betape aku berhrap sgt dpt lari dr masalahsalah aku ne weyh kalau kalian nak tau!siyes aku habaq!kalau dgn byr 20sen and aku boleh lari dr selesai kan sume benda ne,da lama aku bg.20sen je la yg aku mampu ;p










p/s : jgn tanya kenape entry kali ne mcm emo sikit.i am just talking to myself.sape suroh korg bace?hahaha.yakinlah bahawa entry kali ne di tulis oleh SYAZANA MOHD RAZALI.kekadang die pikir mcm manusia normal gak kan?=)

Friday, August 28, 2009




..selamat pagi kuala lumpur..






kebahagiaan di kampung halaman
kegembiraan yang tak terucap









p/s: owh,suda lame saye x post kan entry yang berlabel trying to be creative.soon hopefully!!

Wednesday, August 26, 2009

SETAHUN

on fesbuk..





syazwani ahmad tajudin : kemarin genap lah setahun pemergian arwah..jum kwn2 sedekahkan al-fatihah..





aku : kemarin?bukan 3sept ke?
emmet ismail : eh,bukan bln 9? 3hb 9 08 kan?
syazwani : eh,bulan islam la..:)
aku : owh..oret..
emmet ismail : xpe, janji kite sedekah al-fatihah kat die hari2..:)
aku : :)
syazwani : jana :)) bes,btol tu.
norulridzuan : al-fatihah..
putri mahirah : owh,yes.one year has passed in a blink :(
aku : thanx kpd korg yg still ingt kat arwah..
deana nurulddin : al-fatihah..
emmet ismail : setiap saat ingat..
aku : :)








x sangka da setaun arwah meninggalkan family and kami.rase macam baru saja makan bersama,tido bersama,gelak bersama,nangis bersama dan segala nya bersama.message thonx di fesbuk mengingat kan kami bahawa suda setaun arwah pergi.tapi,satu yang pasti,kenangan bersama masih ttp dalam ingatan.








aku teringt satu masa,aku demam teruk.sangat teruk di sekolah dulu.arwah yg bnyk menjaga aku.paling aku ingat, dia yg akan ambil tuala basah untuk letak kat kepala aku.itu lah arwah,sahabat yang sangat membantu.









kami mmg rapat dulu.sangat rapat.siapa yg x knl kami ber8?arwah,thonx,aku,jijah,lina,pit,lia,memen.hampir semua perkara kami lakukan bersama.antara sebab kenapa kami amat terasa dengan pemergian arwah.








dia bukan seorang yang senang untuk tunjukkan segala kesedihan or kesusahan.even time dia sakit,x ramai yang tahu.time sakit nya makin serious,baru rakan2 lain tahu.aku ingt,jojo yg antara org paling awal tahu.dan jojo pesan "x ramai yg tau.sebab dia xnak kasi tahu org laen"








 she is really one of a kind.time arwah meniggal,5 biji kereta teman2 dari kl yg melawat.and kami sedar waktu itu,there is no more farah fatin in our life.and no one will replace her.










..semoga roh mu di cucuri rahmat,teman..
..di tempatkan di kalangan orang-orang beriman..
..al-fatihah..

Saturday, August 22, 2009

kesedihan dalam hujan







HUJAN





kenapa lebat sgt ni..
x beli mkanan untok berbuka pun ag.










..SEDIH..
sobsobsob

betul kan?

dulu..
sayang,cinta,suka..










kini..
benci,marah,duka..










pernah kah anda berperasaan begini?time bercinta,semua nya manis belaka,tapi bila jodoh tak panjang nak sebut nama pun rasa macam telan cuka.haih.














dulu janji konon mahu hidup semati.tapi bila rasa sayang tak ada lagi,mula rasa mahu bunuh si dia dengan tangan sendiri.double haih.














masa bersama,dunia bagai mereka yang punya.tapi bila kini tidak bersama,dunia mula rasa macam neraka.triple haih.












sungguh aku tak faham dengan situasi begini.kenapa perlu menjadi benci bila cinta tiada lagi?














p/s: saya tidak ada kena mengena dengan post di atas.cuma binggung.cuma ingin tahu.siapa yang boleh membantu?














saya lihat keadaan mereka.
saya tidak suka.
maaf di pinta.

Friday, August 21, 2009

..selamat..

selamat berpuasa kalian
semoga diberkati
mari menambah amal ibadat (:
mari berterawikh ((:
selamat datang ramadhan al-mubarak..

Thursday, August 20, 2009

JANGAN RAPAT!!

SYAZANA MOHD RAZALI
ade prob sket ne..
huhuhu..:'(
cane nak wat ne kalian..
nak tau pe x?
aku having problem ngan blog ne
*chait*
da space byk2 pon, still x leh
still rapat2 gak!!
nampak sempit+serabot+se...+se...
paham x masalah aku ne?
sile refer to previous entry
sape leyh gitau nape~
tolong yah (:
mekasey daun keladi ((:
p/s: jana si pemalas ini still do not upload pic trip itu.maaf (:next time maybe.bule caye kah?hahaha..

Monday, August 17, 2009

mumble.rumble

rain is pouring down out there.it breaks the silence of an empty room.the heart was not here,again.ah,let by gone be bygone.people said.but deep in my heart, there is no way in hell i will forget all those memories.sigh.
aku terbukak satu site tadi.and, now the regretness sank.kenapa aku perlu meninggalkan kawasan itu dengan nama yg buruk?yes,i am too young at that moment to think rationally.to do the right things.to do things right.damn.
follow the link bellow :
kepada yang kenal link di ats,anda mesti tahu apa yang aku cuba untuk sampaikan.tidak perlu untuk aku menceritakan semua.
kepada anda yang tidak familiar,itu adalah website sekolah ku.sekolah menengah sains teluk intan.melawati website tu,membuat kan aku terasa sesuatu..
bersalah.
gembira.
malu.
thankful.
ada sebab kenapa all those feeling sank in me.and now, i do really hope that i never ever visit to the site.i wished.tp td tiba-tiba tangan gatal tak reti duduk diam ini tertekan this site.gosh.
ah,finished with all that.tak guna untuk mengenang kesalahan masa lampau.jadi kan ia satu pengajaran untuk masa hadapan.*janji*
kalian,just to share with you guys how seronoknya aku weekend ini.seronok kah?*berfikir sedalam-dalam nya* yes, i am((:
the trip was happening.the people were crazy.lantas camera di penuhi aksi-aksi separa ganas,separa gila,separa seksi *kah?* dan separa-separa lagi.aku nak bercerita tenteng BBA PT5 TRIP TO TERENGGANU AND KELANTAN.tapi,kemalasan tahap dewa gaban mengatasi keinginan ku yag suci ini.lantas,keputusan di buat.anda,ye..anda yang ingin tahu tentang trip tersebut,sila ke blog mereka : incikTIBET,cikMIRA,incikZAFRAN,cikEPAR or incikSHAMIR di sebelah.aku yakin mereka tidak malas seperti aku.mereka mungkin menceritakan sesuatu ttg trip kami.mungkin jalan penceritaan agak berbeza,but the cronology is almost the same (:
the awsome pic will be upload on next entry.*separa janji*
oh..ramadhan bakal menjelma.aku suka.sangat suka.teramat suka.kalian?adakah anda malas berpuasa atau mungkin agak liat?ahaks. *terasa kah?* hey kalian yang malas berpuasa,tolong ubah peranagai anda itu yee..akan aku doa kan (:
aku mendapat banyak nama baru recently.semanjak berambut pendek.oh,i like the sytle.tp kalau mak tahu aku potong rambut lg,confirm darah nya akan menaik dengan drastik.tak sesuai,kate nya.tp, maaf mak.anak sulung mu ini mmg degil kan (: you know mw better.ABG JAN, PUAN *thanks to anda yang memanggil* geram kah?marah kah?suka kah?xde perasaan sebnarnye (: panggil la dengan senang hati ye kanak-kanak sekalian(: feel free to called~ *bunyi redha tak?* hahaha.
p/s: saye seorang pemalas.ade ubatkah?

Wednesday, August 12, 2009

H.A.P.P.Y ((:

HAPPY!!
beberape sebab yang munasabah tok happy:
  1. berjaye pose even x sahur (:
  2. jumpe farid kamil.
  3. melepak bersame jojo and sobri amali
  4. gayut ngn mak ((:
  5. berjaye siap kan asssignment.
  6. x tido siang.
  7. shopping sakan.
  8. called ayah ((:
  9. sebab ari ini memang happy ((:
  10. macha called ((:

berwarna merah itu angan-angan semata-mata ;p

p/s: SYAZANA MOHD RAZALI sgt gembira bila called/bergayut/menyembang/bergosip ngn mak and ayah beliau.lastly,trime kaseh pd yg sudi menelefon hari ini ((: xoxo!

2nd p/s: saye ank upload pic dinner,doakan yer~

Monday, August 10, 2009

SAYA SUKA BACKGROUND BARU SAYA INI!!!
SUKE X?
comey kan kalian?
p/s: samat berdinner prospek malam ne (: tapi xde baju la.sobsobs.

Sunday, August 9, 2009

!!!!!

BENGANG!!
ok..aku mintak maaf sgt2 klu aku wat ko trase. tp skati aku la. aku x rase pe aku wat menyusah kan ko.x langsong!! ag senang kan ko ag ade la. klu ikot ati panas aku, nak je aku _______ (18sg) pe masalah ko ngn aku? klu ade yg xpuas ati,meh la ckp depan2.ko ske cam tu kan? so c'mon la.tlg ar pk matang sket.x sume owg leh ikot cara n pe yg ko nak. be rational la sket. ko nak mrh ikot ske ko je kan?ko lgsg x pk owg laen!bg ko, asal kan ko dpt puas kan ati sendiri, tu da cukop.
aku bukan robot yg boleh kawal marah aku.
aku bukan kucing kurap yg kau leh wat sesuka ati.
aku manusia biasa berakal cetek yg selalu berusaha utk puas kan ati sume pihak.
aku adalah aku.
kau adalah kau.
kita x sama,lgsg x serupa.
.perbezaan kita ketara.
itulah permasaalahan nya

Friday, August 7, 2009

tanda TANYA

kenapa?
mengapa?
bagaimana?
siapa?
adakah?
apakah?
++++++++++++++++++
otak ku yg agak malas berfungsi semenjak akhirakhir ini di semak kan dengan ayatayat tanya di atas.dan, di situ lah juga terdapat sebesar besar alam tanda soal ? yang bersepah.
aku rimas..sangat rimas ngn keadaan 'kesemakkan' dalam pale otak aku.ia nya bukan lah sesuatu yang baik untuk aku mahu pun kesihatan.tapi ianya tol-tol menggangu.dushdush.
haiyoh.mengeluh.kalau la aku ade super power yg hebat yg memboleh kan aku wat keputusan dengan sebijak-bijak nyer.sigh.
okai.malas pikir da.just go with the flow,jana (^_^) saya akan berusaha untok menyelesaikan semua nya ngn jaya nya*janji*
hari ini aku akn g padand besar!! yeay!oh,first thing first.mask tidak akan dilupakan.*h1n1 semakin berluasa* mask pon maskla.jnji dpt pg (: *thanx to haiza and che ann*
owh, cepat la masa berlalu~
saya tidak sabar lg!!
yeah padang besar, here we come!!
*bersama mask*
p/s: italic.bercakap nagn diri sendiri.
*___*. memberitahu kalian.

Thursday, August 6, 2009

label:KEBENGONGAN

actually, jana tade tade tade benda nak share..
totally blank tonight..
owh..owh..idea..idea..
tapi still nak menulis..
sebab xmo blog ne sunyi sepi..

tapi,seriously tade tade tade benda in my lil mind right now.
hari-hari berlalu ngn sendiri..
tanpa ada yg memaksa,atau yg di paksa
(pe yg aku da merapumeraban dalam ne)

owh..
dr ak tros mencemari kesucian blog aku ne,
(suci kah?)
baek la aku stop dr merapumeraban.

okies..
samat malam makhluk-makhluk tuhan.
moga anda di rahmati oleh-NYA yg SATU.
moga anda mencapai apa yg anda mahu
moga anda dapat membahagia kan org2 yg berharap terhadap anda.
moga anda menikmati hidup yg singkat ini.


p/s: warga-warga marketing part5,selamat bergelumang ngn assignment yg berduyun-duyun.hadapi dgn senyuman (:

Tuesday, August 4, 2009

mukamuka PALSU

muka muka palsu,
main kotor tapi tak mengaku,
buat dosa and buattak tau,
macam tak ada apa yg berlaku.

kau si muka palsu,
semua benda kunun kau tahu,
tp sebenarnya kau hanya merapu,
tok tetap menjadi yg nombor satu.

owh si muka palsu,
kau langsung tak ade rasa malu,
walau idop penoh ngn tipu,
yg da menjadi amalan idop mu.

muka muka palsu,
kau masih tetap begitu,
ku harap kau kan tahu,
yg idop ini bukannya mudah selalu..

Saturday, August 1, 2009

ATTENTION:PEMBIKIN-PEMBIKIN!

currently showing:
selasa,8.30mlm, tv2 : jangan pandang belakang
khames,9.30mlm, tv3: keliwon
isnin-khamis,4.30ptg tv3 : puteri aurora beradu

before this:
e-toyol
puaka niyang rapik


sebenarnye, bnyk ag drama drama melayu kite yg da semakin mempamerkan unsur2 cam ni.bg aku,unsur2 seram xjd.*sori kpd pembikin2 sekalian (: * bukan nye salah tok wat cite2 seram mak lampir ne, tp ianya TERLALU byk bagi aku.list di atas adalah sgt sedikit *memandangkan aku just ingt tu aje;p* berbanding yg di tyg kan di kaca tv umah korg,x kesah la tv plasma ke, flat screen ke,24inch ke..tp still ade kan cte2 ne?bukan aku x sokong industri perfileman tanah air kite yg tercinta ne *cam artis lak aku;p* tp,bile asek di sogok ngn cite cite cam ne jd jemu la gak kn.bukak channnel ne,gamba tok dukun ngn tengkorak tgh menjampi serapah,tuka channel and tgk hantu nga terbang *siap nmpak tali ag*,tuka ag channel lak gamba perkampungan yg sentiasa gelap and berasap.hadoih.what's going on?



once before penah adek kcik aku yg bru 4taun ckp pasal nasi kan_kang.time tu ade cte sal isteri wat nasi tu tok suami die.and without we mention, adek aku leh ckp yg pmpuan tu wat nasi kan_kang.kami waktu tu mcm....??speechless,xtau nk ckp ape.then mak aku cover balik.tgk,even kanak-kanak yg bru 4taun pon tau sal bende2 ne..sebabnye,over exposed kat tv.kan tv tu influence terbesar skali.aku stilll ingt,kne wat karangan sal "pengaruh media" time skolah dlu *tribute to en.kamaruddin johor and pn.faizah othman*



aku tau,sape lah aku tok komen2 sal bende2 ne sume.ye,ini adalah personal view of mine.

pembikin2 drama mesti kate cam ni "market demand skang trend cam ne.sso,we all just follow je"
peminat2 cite seram2 suam mak lampir lak ckp "klu ko xnk tgk,tutop je tv tu "



again,this is my point of view.ade yg suke,and ade yg kureng ske.cop2,bukan aku x ske..i do like those stories.it just too much.and perot aku da start mual nak tgk this kind of cite.pembikin2, tlg wat cite2 anda nmpak real sket leh?ini x,yg jht,gle evil msti pki itam,make up pon huduh babun.yg baek lak,slalu putih memanjang.ye,putih tu suci.x salah..tp xkan tiap2 ari nk pki bende same?wardrobe xde sponsor ke?plus,cite2 seram mak lampir ne mesti umah asek gelap je.pastu berasap asap.typical,again.ke pembikin2 nk saving cost xmo wat ligthing?;p



haih..entah la..xtau la pe nak jd ngn cite2 skang..yg cintan cintun,meleleh sgt.yg seram,suam2 kuku pulak.aku rase,dorg patot be more creative la.so org2,para penonton *lagu goyang inul* x rase bosan.plus,x perlu kerap2 kot cte2 cam ne.kanak-kanak yg x phm mudah ikot.kan susa?



oh ya,aku ingt nak upload pic SAMAN yg aku dpt semalam*bangga penoh bengang sebab kebengongan* tp lupe lak.biasa la,jana mmg pelupa :) nanti2 lah.



p/s:counting days nak lek arau..

Friday, July 31, 2009

Len kali tanye betol-betol ar!!





keter lynna msok ikot pntu depan u die.



pak guard : adek student ke?
lynna : ha'ah pakcik.jumpe lec jap.
aku : xde ar.saye cousindie.tmn je.saye bkn student cni.
(menipu sket)

pak guard : oke2.adek meh ic.
(sambil tunjuk aku)

aku bg ic ngn sng ati.

time nak kua.gi amek ic..


pak guard :tol ke adek bkn student??
aku : ha'ah.saye bkn student.nape incik?
pak guard : adek jgn tipu.adek student arau kan?nape x ngaku student?malu ke?
aku : oh,saye ingt student cni je kne ngaku student.saye xtaw pon cwgn nye student pon kne ngaku gak.maaf la pakcik.saye tataw.
paak guard : xkre la adek student arau ke.melaka ke,tp ttp student kn?kne la ngaku.nape xnak ngaku lak?

aku start panas ati..tp still besaba dgn hrpn pak guard ne kasi can.

pak guard tulis2..

pak guard : adek da wat slh ne.sbb x ngaku student.kan saye da tnye td.susa sgt ke nk ngaku?
aku : masalah nye saye tataw lak cwgn nye student pon kne ngaku.
(muke da ketat)

pak guard tulis2 ag..sambil bebel2 marah aku.

pak guard : ne kalu lapo kat arau leh kne dismiss tau!!
aku : (diam tahan nk maki owg tuwe ne)
pakguard : nah!! (1 ketas kale putih die bg)

aku masok keter lynna.start kutokpak guard tu.n tnjuk kat lynna bende tu..(aku tol2 xtaw pe ketas putih tu)

lynna : weyh!!ne saman le!
aku : demmit!!sialan nye pakguard!!!*%(*&%%g!#?<]-a...(censored)




++++++++++++++++++++++++++++++++
salah aku ke?aku siyes tataw yg student cawangan pon kne ngaku student u 2 gak.even pak guard sia*lan tu pon x mention pape or tnye if aku ne student cwgn mane2.so,die nak mrh aku sal x ngaku student tu nape?klu aku taw,xde ar aku buduh sgt x ngaku.
yg paling akux tahan,aku da mintak maap da.ngn penoh keikhlasan aku,tp pak guard sia*lan tu still nk tinggi sore.helo pakcik,x tgk tv ke?iklan 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA' tu da berjuta2 kali tyg,xkan x ingat kot??
okai,aku tau salah aku sbb berpakain sgt sempoi nk masok u 2.tp skang kn time cuti,so pe big deal ny?plus,aku di SAMAN sbb x ngaku student.WTF??len kli gtau awal2 ler pakcik~
aku bukan x hormat dorg yg bkerje lambidang ne,tp sbb perangai2 taikne la wat aku nympah sgt.aku ingt kt u aku je.rupe2nye..hampeh!aku x slh kan dorgwt tanggungjwb dorg,tp tlg r berbudi bahasa sket.bukan kne byr pon!aku ingt ckgu skolah dlu slalu pesan.."yg muda di sayangi,yg tua di hormati" tp klu cam ne ar,mmg aku x leh nak hormat r.
wahai pak guard sia*lan,len kali tny tol2 k..jgn pastu sng2 je nak slh kan owg len.aku pon x hingin nak tipu ko ar pak guard sia*lan.
pergh..aku rase cam nk tombok laju2 je pak guard sia*lan tu td.tp ble mengenangkan dia sebaya ayah aku je,tros x jd.and,aku da dapat pon saman tu.sape kne bayar??aku jugak...
p/s:jana xpnh kne saman kat arau,so agak ........... ble kene saman kat u induk lak!!

Thursday, July 30, 2009

..sigh..

..sigh..
..sigh..
..sigh..
..sigh..
..sigh..

Wednesday, July 29, 2009

(inhale)
my heart leaping to my throat,
getting caught,
squeezing,
twisting,
tearing.

the path that awaits me
suddenly seems like a pilgrimage,
one foot,
next foot,
step,
step.

i see you
(i see her)
you smile
i smile
(she leaves)
you ask how i am
i reply that i am fine
(i lie)
(eventhough my heart has just crept up into my mouth n jumping up n downon my tounge like an olympic diver waiting to hitthe water)

i want you to know that i m*ss you
let you know that i am regreting my whole life right now
cause letting you go
i want you to know that
(i am incomplete)
my body hurts
my soul bleed.

i ask how you are
(hoping against all hope that you will tell me what i want to hear)
you reply
my eyes attempt to strip you down toyor soul
(searching for what i once knew so well)
they get lost.
(but find their way back to reality)
my heart leaps off the end of my tounge
wanting you to see how much i've regret
for the decision that ive made before.

(she calls you)
you hastily say good bye
(as you trot over to her)
stomping,
squishing,
mutilating.
my vulnerable, fallen heart.
(not even pausing long enough to scrape it off the bottom of your shoe,like a discarded pieceof gum)
she wraps her arms around your hip

people pass,as if i dun exist
(i want to cry,scream,shout)
i want someone to find my heart,
bring it back,
piece it together.
i turn away
hoping that one day it won't hurt
(as much)
hoping that i will again be able to call you
and have you come over to me
be ableto have a wonderful breakfast together
be able to talk about three hours.

i walk away,
knowing myheart will noy follow.
(exhale)


p/s: i am happy if you are happy :) saye SYAZANA BT MOHD RAZALI yg selalu buat silap.

Monday, July 27, 2009

the annoying broadband



the junkfood















the gadgets yg run out of battry






peneman2 setia di malam hari nan sepi..mate masih bersengkang,kerna suda terlebey tdo siang..


+++++++++++++++++++++++++++




bengong!!
aku da merepek meraban td,suddenly terlupe nak save.so lost sume.
bengong!!
wat penat aku tulis ngn penoh kekreatifan aku di malam yg hening ne.skati je ley lupe nak save.
bengong!!
ye.memang bengong.
malam makhluk-makhluk tuhan.jgn jd bengong mcm aku.nity nite :)

Sunday, July 26, 2009

.rumahku syurgaku.


theSECOND and theELDEST


theTHIRD and theELDEST



theDAUGHTER and theGREATESTMOM




themachomanDAD





theYOUNGEST and theELDEST











aku terAMAT suke dok kat umah.terAMAT SANGAT suke berada di rumah.







umah is a wonderful place to stay.
umah is the greatest place to go.
umah is a place where i cn meet the ppl i love the most.





ye,,umah is the place.no doubt.



di bwh ialah list actvity jana bile berade di umah:)
  1. menolong mak
  2. menolong ayah
  3. mengaco adeq2 ku
  4. menyebok
  5. memasak kopok (ayh's fav) bile di suroh
  6. mengemas umah
  7. menolong menambah sepah and semak
  8. mengemas bilik sendiri
  9. memasak !!
  10. melepak tnpe wat pape
  11. meng'over dose kan tdo
  12. mengQADA tdo
  13. menjge adeq kcik ku
  14. membgn kan dri awal tok wat brkfst
  15. menonton tv smpi nk meletop
  16. memastikan umah sentiase bersih and kemas
  17. melawan (sket) ckpmak and ayh
  18. mengulang kaji pelajaran

* bertulisan merah adalah tipu semate mate *